C. RONALDO BUAT KEPUTUSAN MENGEJUTKAN SETELAH TAMAT PERLAWANAN UCL MENENTANG AS ROMA PAGI TADI

Cristiano Ronaldo Bergambar Bersama TMJ  Mafla JDT Jadi Perhatian

Pemain bola sepak terkenal dunia Cristiano Ronaldo menjadi perhatian selepas bergambar bersama dengan mafla pasukan JDT.

Foto tersebut didedahkan sendiri  oleh akaun Facebook rasmi pasukan Johor iaitu Johor Southern Tigers beberapa jam yang lalu dengan kapsyen:

“Tahniah kepada Cristiano atas gol dan kemenangan malam ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bergambar dengan mafla JDT, khas buat penyokong JDT walaupun beratus orang menunggu anda di luar sana. Jumpa anda di Singapura atau Johor. Jumpa lagi dan selamat maju jaya,”
Lebih menarik, foto tersebut  juga menunjukkan Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) turut berada disisi bintang bola sepak Real Madrid itu.

Dalam pada itu, Cristiano Ronaldo juga telah menghadiahkan dua pasang jersi Real Madrid miliknya beserta tanda tangan khas buat TMJ dan pasukan JDT.

Sehingga kini, foto-foto yang dimuat naik oleh Facebook Johor Southern Tiger telah menerima komen-komen positif yang rata-ratanya menunjukkan rasa bangga kerana TMJ memperkenalkan pasukan JDT kepada Ronaldo.

Terdahulu, difahamkan kehadiran TMJ ke Real Madrid adalah untuk mengadakan pertemuan bersama dengan Presiden Real Madrid CF, Mr Florentino Pérez.

Selepas pertemuan tersebut, baginda bersama Presiden kelab itu telah menyaksikan perlawanan Real Madrid CF menentang AS Roma pagi tadi.

Pertemuan antara TMJ dan Mr Florentino Pérez berjalan dengan lancar.

Kredit foto: Facebook Johor Southrern Tigers


0 Response to "C. RONALDO BUAT KEPUTUSAN MENGEJUTKAN SETELAH TAMAT PERLAWANAN UCL MENENTANG AS ROMA PAGI TADI"

Post a Comment